Saya nak share bagaimana nak menajamkan gunting. Sekarang ni memang ada alat canggih untuk tajamkan guntingkan, tapi saya dapat tips dari mak saya. kalau rasa sesuai bolehlah gunakan. Saya memang guna cara ini
Ambil mana-mana botol kaca.. botol kicap boleh botol sos, botol air gas… janji kaca… lepas tu leretkan mata gunting tu kat atas botol

leret kan dari bahagian dalam sampai ke bahagian hujung… buat beberapa kali. sampai puas hati. Semasa meleretkan gunting tu, beri tekanan sedikit la.. seolah-oleh nak menggunting botol tu…

hasilnya.. gunting yang tajam. bolehla kita buat potongan felt dengan kemas.. tak kisah la kain ke felt ke kertas ke… gunting amat bermakna sangat dalam aktiviti mejahit ni. Kalau gunting tak tajam boleh sebabkan mood terbantut nak menjahit. Selamat mencuba, kalau berhasil jangan lupa bagitahu saya yer.
12.20
Feri Firmansyah

Posted in: 
