Featured Video

Minggu

Menggunakan tapak mesin jahit kedut

1. Inilah rupa tapak untuk jahit kedut untuk digunakan bersama mesin janome Harmony 2049.
2. Tanggalkan tapak mesin yang biasa, bagi bogel aje macam tu.
3. Sangkutkan tapak kedut tu ke pemegang tapak mesin. Skru kuat-kuat ya, nanti tertanggal masa menjahit payah lak.
4. Tetapkan untuk pilihan mesin macam digambar:
  • i. Jenis jahitan lurus
  • ii. Lebar jahitan 3 – 4
  • iii. Kedudukan mata jarum di belah kiri. No. 5
5. Letakkan fabrik hijau yang nak dikedutkan dibahagian bawah tapak mesin. Right side (yang bercorak) mengadap atas ya.
6. Masukkan pula fabrik yang hendak dicantumkan dengan fabrik kedut tapi di dalam ruangan tapak kedut tu. Seperti yang ditunjukkan dalam anak panah tu. Right side mengadap bawah.
7. Turunkan tapak mesin dan turunkan jarum
8. jalankan mesin. Kedudukan fabrik hijau akan berkedut semasa mesin berjalan dan akan terlebih sedikit dari yang fabrik polkadot. Kawal fabrik supaya tidak lari dari kedudukan asal.
9. Gambar belah kiri hasil jahitan yang belum dijahit tepi kesemuanya. Gambar belah kanan hasil jahitan yang telah dijahit tepi keseluruhannya dan nampak lebih kemas
10. Inilah hasilnya, Fabrik polkadot bahagian atas, fabrik hijau yang mempunyai kedutan hasil jahitan menggunakan tapak mesin jahit kedut. Saya gunakan tapak ini untuk jahitkan tiered skirt nana hari tu. Selamat mencuba semua.

Blogger Themes

IndoStarBux
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | cna certification